ANTARA kawasan yang dilanda banjir di Missouri, Ahad lalu. FOTO Army Times/AP
ANTARA kawasan yang dilanda banjir di Missouri, Ahad lalu. FOTO Army Times/AP
Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa


Kuala Lumpur: Pegawai tentera dari Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dilaporkan hilang selepas kenderaan yang dinaiki bersama empat tentera dari negara lain dihanyutkan oleh air deras di Missouri, Amerika Syarikat (AS), 26 Disember lalu.

Jurucakap Jabatan Perhubungan Awam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan kejadian itu dan menyatakan mangsa, Kapten Hasman Hussin berada di AS kerana menjalani kursus kejuruteraan di Fort Leonard Wood.

Katanya, berdasarkan maklumat daripada pegawai pertahanan Kedutaan Malaysia di AS, mangsa dipercayai hilang selepas terbabit dalam kejadian itu manakala mayat empat lagi rakannya sudah ditemui.

"Buat masa sekarang mangsa diklasifikasikan hilang dan operasi pencarian masih dijalankan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Memetik laporan Army Times, kejadian berkenaan berlaku kira-kira 2 pagi Ahad lalu berdekatan Crocker, Missouri dan kenderaan dinaiki mangsa dihanyutkan air deras ketika cuba melalui kawasan yang sudah dinaiki air.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Disember 2015 @ 6:14 PM