1. BAHAN perapan ikan:
1. BAHAN perapan ikan:
2. BAHAN salad buah-buahan dan sayuran.
2. BAHAN salad buah-buahan dan sayuran.
3. IKAN dori mengikut kuantiti yang dikehendaki. Boleh juga menggunakan ikan merah
3. IKAN dori mengikut kuantiti yang dikehendaki. Boleh juga menggunakan ikan merah
4. LETAKKAN satu persatu bahan perapan ikan.
4. LETAKKAN satu persatu bahan perapan ikan.
5. GAUL sebati semua perapan.
5. GAUL sebati semua perapan.
6. IKAN dibakar dengan suhu 180 darjah Celsius dalam masa 20 minit.
6. IKAN dibakar dengan suhu 180 darjah Celsius dalam masa 20 minit.
7. UNTUK menyediakan salad sayur dan buah-buahan, potong sayur-sayuran dan buah-buahan dalam saiz kecil.
7. UNTUK menyediakan salad sayur dan buah-buahan, potong sayur-sayuran dan buah-buahan dalam saiz kecil.
8. TUMIS, bakar atau kukus sayur-sayuran dengan minyak zaitun dan masukkan sedikit garam, paprika dan herba campuran.
8. TUMIS, bakar atau kukus sayur-sayuran dengan minyak zaitun dan masukkan sedikit garam, paprika dan herba campuran.
9. SELEPAS bahan sayuran siap ditumis, hidangkan ia di atas pinggan yang mengandungi buah-buahan.
9. SELEPAS bahan sayuran siap ditumis, hidangkan ia di atas pinggan yang mengandungi buah-buahan.
10). ANGKAT ikan yang siap dibakar dan hidangkan sekali bersama salad buah-buahan dan sayuran.
10). ANGKAT ikan yang siap dibakar dan hidangkan sekali bersama salad buah-buahan dan sayuran.
11). HIDANGAN ikan dori bakar bersama salad sayuran dan buah-buahan.
11). HIDANGAN ikan dori bakar bersama salad sayuran dan buah-buahan.
Oleh Siti Nadirah Hafidzin


Faktor pemakanan selain pengambilan makanan segera secara tidak terkawal antara punca utama individu itu dijangkiti pelbagai jenis penyakit yang akhirnya memudaratkan kesihatan.

Pandangan umum yang sering beranggapan makanan yang berkhasiat itu tidak enak dimakan ternyata tidak boleh diterima kerana sekiranya kena dengan jenis masakan, pastinya hidangan sihat itu menjadi antara kegemaran ramai.

Ketua Pegawai Perubatan Hospital Columbia Asia Bukit Rimau Dr Ng Lee Li berkata, kajian mendapati gaya hidup tidak seimbang, waktu bekerja yang panjang dan pengambilan makanan tidak sihat serta tidak terkawal menjadi risiko terbesar seseorang itu dijangkiti penyakit.

“Apa yang dimakan setiap hari bakal menentukan tahap kesihatan dan disebabkan itu faktor pemakanan perlu diberikan perhatian serius.

“Semuanya perlu dikawal terutama gaya hidup harian kerana ia mempengaruhi tahap kesihatan seseorang dan akhirnya individu itu disahkan menghidap penyakit,” katanya.

Menurutnya, cara masakan dan bahan digunakan turut memainkan peranan penting dalam menghasilkan sesuatu menu.

“Jangan menganggap ia perkara remeh dengan meneruskan rutin harian tidak sihat terutama daripada aspek pemakanan.

“Lakukan senaman, makan secara sihat dan bertemulah dengan pakar bagi bersama-sama mengawal atau menangani penyakit itu sekiranya anda mula merasai tanda kurang sihat,” katanya.

Dalam pada itu, Eksekuitf Dapur Cafe Hospital Columbia Asia Bukit Rimau, Cef Rose Marshita Ruslan bersama rakannya Cef Mohd Naim Suhaimi Ahmad berkongsi menu sihat ikan dori bakar bersama salad sayuran dan buah-buahan yang menggunakan bahan serta cara masakan sihat.

Bahan-bahan untuk perapan ikan:

- Sedikit gula merah

- Satu sudu teh herba oregano

- Sedikit paprika

- 10 gram sos soya

- 4 gram empingan cili

- Secubit garam

- Secubit lada hitam

Bahan-bahan salad buah-buahan dan sayuran

- Pisang

- 300 gram epal

- 300 gram anggur

- 300 gram betik

- 300 gram ceri

- 300 gram salad

- 300 gram timun

- 300 gram lobak merah

- 30 gram terung

- 40 gram kentang

- Satu sudu teh minyak zaitun

- Secubit garam

- Secubit paprika

- Secubit herba campuran

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Disember 2015 @ 5:02 AM