MAZELAN   (kanan) memberi kata-kata semangat kepada pemain Perlis.
MAZELAN (kanan) memberi kata-kata semangat kepada pemain Perlis.
Oleh Hafizudin Mohd Safar

Kangar: Pasukan Bola Sepak Melayu Perlis (PBSMP) mengidam gelaran juara hatrik Piala Emas Raja-Raja apabila bertemu Negeri Sembilan di pentas final di Stadium Tuanku Syed Putra (STSP), di sini, malam ini.

Pengurus pasukan Prof Madya Dr Mazelan Abdul Hamid berkata, peluang beraksi di tempat sendiri tidak harus disia-siakan, malah kelebihan itu seharusnya dijadikan pembakar semangat pemain supaya sentiasa memberikan komitmen penuh.

Menurutnya, semua pemain kini hanya fokus terhadap perlawanan akhir namun mereka tidak memandang enteng kemampuan pasukan lawan.

“Sememangnya kami tidak menduga dapat mara sehingga ke final. Tapi pentas akhir ini menyediakan peluang terbaik kami memenangi Piala Emas Raja-Raja ini buat kali ketiga berturut-turut sejak 2013.

”Justeru, kami berharap peminat Perlis dapat memenuhkan stadium bagi memberi sokongan padu,” katanya.

Perlis sebelum ini menundukkan Kedah menerusi penentuan penalti 7-6 pada final 2013 dan menewaskan Pahang 2-1 tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Disember 2015 @ 3:02 AM