KOLEKSI fesyen terbaru Denim Camel Active.
KOLEKSI fesyen terbaru Denim Camel Active.
Siti Nadirah Hafidzin

Menepati ciri fesyen yang dikehendaki jejaka masa kini, elemen gaya moden, ringkas dan selesa menjadi taruhan dalam koleksi terbaru Denim Camel Active.

Mengetengahkan rekaan menarik dari koleksi 2018 khusus untuk golongan berusia lingkungan 30 hingga 45 tahun menjadikan ia antara koleksi fesyen terbaik jenama itu.

Koleksi Denim Camel Active menepati ciri fesyen jejaka moden berkeyakinan tinggi yang aktif menjalankan rutin harian yang padat dengan penuh gaya serta aktif bertenaga.

Koleksi terbaru ini berkisarkan rangkaian terkini, sesuai untuk pelbagai personaliti dan ‘sporty’ serta diyakini mampu memberi kepuasan kepada si pemakai yang gemarkan perkara terkini.

DIREKA dengan rekaan ringkas namun memberi keselesaan.
DIREKA dengan rekaan ringkas namun memberi keselesaan.

Menawarkan rangkaian produk lengkap fesyen termasuk pakaian, kasut, beg dan aksesori, koleksi ini dihadirkan dalam rona denim biru bermula daripada rona biru paling cerah hingga paling gelap juga beberapa rona pilihan lain.

Bagi koleksi jaket, rekaan ‘worker’ memberi nafas baru dalam potongan lebih pendek berdasarkan gaya tampan jejaka seperti pada era 50-an yang boleh disuaipadankan dengan kemeja-T rona biru, putih atau kelabu.

Bagi rekaan denim, elemen ‘sporty’ yang selesa dipakai sepanjang masa menjadikan ia antara koleksi seluar yang wajar dimiliki semua lelaki kerana ciri keselesaan menjadi keutamaan dalam penghasilannya.

Bagi koleksi kasut pula, Denim Camel Active menampilkan pelbagai rekaan sepatu Knitted Sneaker dengan gaya moden apabil permukaan kasut mempunyai unsur ‘kait’ yang memberi kesan selesa namun ringan ketika dipakai.

RANGKAIAN baju, kasut, dan aksesori terbaru Denim Camel Active.
RANGKAIAN baju, kasut, dan aksesori terbaru Denim Camel Active.

Selain itu, rekaan kasut sukan yang diilhamkan khas untuk pelari juga boleh dipakai ketika berjoging. Diperbuat daripada fabrik jaring dengan permukaan kasut kulit dan tapak getah yang mempunyai cengkaman terbaik, pastinya ia menjadikan sesi riadah lebih memberangsangkan.

Sementara itu, bagi koleksi beg serta aksesori, ia turut memaparkan rekaan menarik dan lebih ringkas dengan saiz praktikal untuk dibawa ke mana sahaja.

Semua koleksi terbaru ini boleh didapati di stor ekslusif Camel Active terpilih dan cawangan terpilih di gedung beli belah di Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Perak, Melaka dan Johor.

KOLEKSI Denim Camel Active.
KOLEKSI Denim Camel Active.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 September 2018 @ 12:00 AM