Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudin


Johor Bahru: Polis Johor lakukan 192 serbuan sepanjang Disember banteras judi dalam talian.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, seramai 779 orang berusia antara 19 hingga 60 tahun ditahan selepas disyaki terbabit dalam aktiviti terbabit.

Katanya, sepanjang tempoh operasi berkenaan, polis juga menahan tujuh suspek berusia antara 40 hingga 50 tahun selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik penganjuran aktiviti perjudian terbabit.

"Polis turut merampas 2,093 komputer riba bernilai RM1.4 juta dan wang pertaruhan sebanyak RM50,000," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, hari ini.

Wan Ahmad Najmuddin berkata, beliau sudah mengarahkan semua Ketua Polis Daerah di Johor supaya turut mempertingkatkan operasi di kawasan masing-masing bagi membanteras aktiviti terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Disember 2015 @ 5:50 PM