AZLAN (empat dari kanan) meninjau rumah yang dibaik pulih.
AZLAN (empat dari kanan) meninjau rumah yang dibaik pulih.
Oleh Hamizah Badiran


Sungai Buloh: Prihatin dengan nasib golongan kurang bernasib baik, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menghulurkan bantuan RM480,000 bagi membaik pulih 16 rumah asnaf di sekitar daerah Petaling, tahun ini.

Pengurus Besar PKNS, Azlan Md Alifiah berkata, peruntukan itu bagi menambah baik sistem pendawaian elektrik, bumbung rumah, mengecat, membesarkan ruang rumah dan membaiki kerosakan lain mengikut keperluan.

“Setakat ini, kami membaiki tujuh rumah manakala sembilan rumah lagi akan siap awal tahun depan selepas menerima senarai asnaf yang layak daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Kawasan yang dikenal pasti ialah di Sungai Plong, Merbau Sempak, Paya Jaras Hulu, Kubu Gajah dan Paya Jaras Dalam.

“PKNS mahu memberi peluang golongan tidak berkemampuan dan asnaf memiliki kediaman selesa,” katanya ditemui selepas majlis perasmian Program Baik Pulih Rumah Asnaf Daerah Petaling di Desa Impian, Merbau Sempak, di sini, baru-baru ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Disember 2015 @ 7:50 AM