Oleh Hairulazim Mahmud dan Siti Farahiyah Aziz


Kuala Lumpur: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mencadangkan klip video pencegahan jenayah ditayangkan di semua pawagam di seluruh negara sebelum tayangan filem.

Naib Pengerusi MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, kaedah baru itu mampu memberi impak besar dalam usaha meningkatkan kesedaran orang ramai membanteras jenayah.

"Ini lebih menarik dan kesannya lebih mendalam," katanya pada sidang media selepas Majlis Anugerah Video Cegah dan Makan Tengah Hari Bersama Media di sini, hari ini.

Pertandingan itu dimenangi oleh Muhammad Fikri Mohd Zamri, 21, dari Kuantan, Pahang memenangi hadiah utama bernilai RM50,000 termasuk wang tunai sebanyak RM25,000.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Batuk Acryl Sani Abdullah Sani.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Disember 2015 @ 2:03 PM