KUCING kesayangan keluarga Rafizi Ramli sudah ditemukan selapas hilang selama lima hari.
KUCING kesayangan keluarga Rafizi Ramli sudah ditemukan selapas hilang selama lima hari.
Fatin Nurul Najihah


Kuala Lumpur: Kucing kesayangan keluarga Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli akhirnya ditemukan selepas hilang selama lima hari.

Rafizi menerusi laman X memaklumkan, kucing yang diberi nama Muffin itu ditemukan dalam keadaan cedera.

"Kecederaan itu berkemungkinan besar disebabkan Muffin terjatuh dari bumbung kerana Muffin seronok memanjat ke atas sana," katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang berkongsi maklumat mengenai kehilangan Muffin.

Sebelum ini, Rafizi dalam hantaran Facebook memaklumkan bahawa kucing peliharaannya hilang selama dua hari dan tidak pulang ke kediaman mereka di Presint 10, Putrajaya

Berikutan itu, Rafizi merayu kepada penduduk sekitar kediamannya supaya menghubunginya sekiranya ternampak kucing berkenaan.

Rafizi memaklumkam, kucing peliharaannya itu dikatakan mudah mesra dan tidak takut jika ada orang yang tidak dikenali mendekatinya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Julai 2024 @ 10:48 AM