RAFIZI memohon bantuan penduduk agar menghubunginya sekiranya ada ternampak kucing peliharaannya yang diberi nama Muffin. FOTO FB Rafizi Ramli
RAFIZI memohon bantuan penduduk agar menghubunginya sekiranya ada ternampak kucing peliharaannya yang diberi nama Muffin. FOTO FB Rafizi Ramli
Nor Azizah Mokhtar


Kuala Lumpur: Kucing peliharaan milik keluarga Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke kediaman di Presint 10 Putrajaya di sini.

Rafizi menerusi satu hantaran di Facebook, merayu kepada penduduk di sekitar lokasi kediaman beliau agar menghubunginya sekiranya ada ternampak haiwan peliharaannya itu yang diberi nama Muffin.

"Kepada penduduk sekitar Presint 10 Putrajaya, kalau ada ternampak kucing oren putih ini, mohon hubungi saya.

"Dah dua hari Muffin tak balik rumah, dia tak pernah keluar rumah dan dia dah pandai panjat keluar," katanya.

Rafizi berkata, kucing peliharaannya itu dikatakan mudah mesra dan tidak takut jika ada orang yang tidak dikenali mendekatinya.

"Dia (Muffin) terlebih mesra dengan sesiapa (walaupun dia tak kenal)," katanya.

Menerusi satu hantaran itu, juga Rafizi turut menyertakan satu rakaman video memaparkan telatah kucingnya itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Julai 2024 @ 10:37 AM