GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Muhaamad Hafis Nawawi

Ampang Jaya: Polis menyelamatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia selepas didakwa menjadi mangsa dera majikannya di sebuah rumah di Taman Tropika Kemensah di sini, Jumaat lalu.

Malah difahamkan wanita berusia 41 tahun itu mendakwa dikurung, dipukul, tidak menerima rawatan dan tidak dibayar gaji.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, susulan itu, bertindak atas maklumat, pada jam 12.45 tengah malam, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ampang Jaya membuat serbuan dan menyelamatkan mangsa wanita warga Indonesia berusia 41 tahun di kediaman terbabit.

Menurutnya, wanita berusia 45 tahun yang juga majikannya turut ditahan dan merampas barang berkaitan kes.

"Tangkapan dibawa ke Mahkamah Ampang bagi permohonan tahanan reman dan dibenarkan reman lima hari sehingga 16 Julai ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Antipemerdagangan orang dan Antipenyeledupan Migran 2007 (ATIPSOM)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Julai 2024 @ 2:43 PM