Keadaan MPV dinaiki mangsa selepas terbabit kemalangan dengan pacuan empat roda di KM) 2 Jalan Lebu ke Mempaga berhampiran susur ke Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) di Bentong, hari ini. Foto Ihsan PDRM
Keadaan MPV dinaiki mangsa selepas terbabit kemalangan dengan pacuan empat roda di KM) 2 Jalan Lebu ke Mempaga berhampiran susur ke Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) di Bentong, hari ini. Foto Ihsan PDRM
RoselanAb Malek

Bentong: Hasrat satu keluarga yang mahu menghadiri majlis perkahwinan di Kuala Lumpur berakhir tragedi apabila empat daripadanya termasuk tiga kanak-kanak maut selepas kenderaan mereka dirempuh dengan sebuah pacuan empat roda di Kilometer (KM) 2 Jalan Lebu ke Mempaga berhampiran susur ke Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) di sini, hari ini.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire yang dinaiki keluarga dari Gua Musang itu mahu Kuala Lumpur dirempuh pacuan empat roda Nissan Navara dalam kejadian pada apabila tiba di tempat kejadian pada 2.30 petang.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, empat mangsa yang maut itu terdiri daripada seorang perempuan dewasa, dua kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki.

Menurutnya, mangsa yang maut itu dikenal pasti sebagai Raihan Mohamad, 43, seorang suri rumah dan tiga anaknya iaitu Ahda Dalili Mohd Nazri, 14; Ahmad Muaz, 7, dan Ahda Imtinan berusia empat tahun.

Katanya, pemandu MPV yang juga suami Raihan, Mohd Nazri Hamid, 43, seorang guru di Felda Aring 1, Gua Musang dan pemandu pacuan empat roda hanya mengalami cedera ringan.

"Berdasarkan maklumat, kenderaan dinaiki keluarga berkenaan membelok masuk ke simpang kanan selepas lampu isyarat hijau sebelum mendapati kenderaan di sebelah kanan dari arah bertentangan berhenti secara tiba-tiba.

"Pacuan empat roda berkenaan yang datang dari arah hadapan dipercayai tidak berhenti sebelum bertembung dengan MPV berkenaan.

Menurutnya, pemandu pacuan empat roda berkenaan yang cedera di kepala didapati positif dadah opiate, amphetamine dan methamphetamine.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan ( APJ) 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 January 2022 @ 9:13 PM