TANGKAP layar rakaman CCTV ketika kejadian. FOTO Ihsan Pembaca
TANGKAP layar rakaman CCTV ketika kejadian. FOTO Ihsan Pembaca
Amir Hamzah Nordin

[email protected].

Temerloh: Berpura-pura sebagai pelanggan, seorang penjenayah melarikan seutas rantai emas berharga RM58,000 di sebuah premis di Jalan Temerloh-Mentakab, di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Polis Mazlan Hassan berkata, dalam kejadian 1.15 tengah hari itu, lelaki berusia 40-an masuk ke kedai itu dan berurusan dengan jurujual untuk membeli emas.

"Lelaki itu meminta jurujual mengeluarkan seutas rantai emas seberat 195.35 gram berharga RM58,000 untuk melihatnya.

"Tiada selepas berurusan dengan jurujual itu, suspek berlari keluar dari kedai bersama rantai emas terbabit dan beredar menaiki kereta Honda City berwarna merah gelap menggunakan nombor pendaftaran palsu," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Katanya, kedai emas terbabit tiada pengawal keselamatan dan ketika kejadian, ada beberapa pelanggan lain di premis itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Oktober 2023 @ 7:04 PM