GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Abnor Hamizam Abd Manap


Rembau: Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencabul kehormatan anak saudaranya .

Tertuduh, 52, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacadi hadapan Majistret Kartini Kasran.

Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan maksud untuk mencabul kehormatan wanita berusia 39 tahun itu pada 10.15 malam, 9 Jun lalu Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika disabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diberi jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tidak mendekati mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Mahkamah juga menetapkan 27 September depan bagi sebutan serahan dokumen dan lantikan peguam.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Ogos 2023 @ 1:59 PM