LOKASI pusat gempa bumi. FOTO X Bernama
LOKASI pusat gempa bumi. FOTO X Bernama
BERNAMA

Kuala Lumpur: Gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 10.13 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa berpusat di koordinat 6.1 darjah Utara dan 123.3 darjah Timur itu berlaku pada kedalaman 632 kilometer.

Pusat gempa terletak kira-kira 154 kilometer tenggara dari Isabela City, Filipina.

"Gegaran turut dirasai di sekitar Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan bagi Malaysia," menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh menghubungi Jabatan Meteorologi Malaysia di talian +60379678066 atau melayari laman web http://www.met.gov.my untuk maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Julai 2024 @ 12:24 PM