BERNAMA

Manila: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 melanda Mindanao, Filipina, tengah hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi pada 12.22 tengah hari itu, dikesan pada kedudukan 16 kilometer (km) barat dari Digos City, Filipina pada kedalaman 24 km.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Februari 2021 @ 3:20 PM