RUMAH penduduk yang terjejas akibat ribut di Kuala Muda. FOTO Ihsan APM
RUMAH penduduk yang terjejas akibat ribut di Kuala Muda. FOTO Ihsan APM
Zuliaty Zulkiffli

Sungai Petani: Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini bagi menempatkan 11 mangsa (3 keluarga) yang terjejas akibat ribut.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, PPS Taman Gurun Jaya itu dibuka pada 7.40 malam tadi.

Antara kampung terjejas ribut adalah Kampung Sungai Badak yang membabitkan dua rumah, Kampung Batu 4 (1) Taman Gurun Jaya (6) dan Kampung Linton Batu 2 (1) di Mukim Gurun.

"Selain itu, Kampung Baru Bedong di Mukim Semeling membabitkan satu rumah," katanya dalam kenyataan.

Azahar berkata, angin kencang dan hujan lebat yang turut menyebabkan pokok tumbang bermula pada 5.30 petang di daerah Kuala Muda yang menyebabkan kerosakan harta benda.

"APM menasihatkan mangsa berpindah ke PPS yang ditetapkan manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menguruskan maklumat mangsa dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Oktober 2023 @ 9:07 PM