Muhamad Lokman Khairi


Ipoh: Semua 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas helikopter dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini pada 4.35 petang tadi.

Menggunakan van milik TLDM dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), lapan daripadanya dibawa ke Kem Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Jalan Tambun, di sini untuk solat jenazah.

Mereka ialah Pegawai Memerintah Skuadron 502, Komander Muhamad Amir Mohamad; Pegawai Memerintah Skuadron 503, Komander Muhammad Firdaus Ramli; Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi dan Pegawai Waran II TNL Nurfarahimi Mohd Suady.

Selain itu, turut dibawa ke lokasi sama ialah Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun; Bintara Muda TNL Nor Rahiza Anuar; Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi dan Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin.

Sementara, mendiang Laskar Kanan JJM Joanna Felicia anak Rohna dibawa ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh dan dijangka akan diterbangkan ke Serian, Sarawak menggunakan pesawat C-130 Hercules milik TUDM pada 6 petang.

Mendiang Leftenan T Sivasutan pula akan dibawa ke kediaman keluarganya di Sitiawan, Perak.

TLDM dalam kenyataan media sebelum ini memaklumkan penghormatan terakhir mengikut istiadat ketenteraan akan dilaksanakan di lokasi pengebumian mengikut permintaan keluarga masing-masing.

Berita Berkaitan

Kakak Faisol mohon jenazah adik dibawa pulang ke rumah sebentar

'Arwah bagi tahu sebelum dia pencen, dia teringin nak naik helikopter'

Menteri-Menteri Besar rakam takziah kepada keluarga mangsa tragedi helikopter terhempas di Lumut

'Jenazah ibu sempurna' - Anak Noor Rahiza

'Cikgu pegang tangan sambil menangis, beritahu mama dah meninggal dunia'

Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan

'Yang baik selalunya 'pergi' dulu'

'Sepatutnya hari terindah tapi disambut berita sedih' - Adik Komander Muhamad Amir

'Mendiang abang baru berkahwin, hari ini kami terima berita menyedihkan'

Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk babitkan helikopter

'Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalu pergi dulu' - Bapa saudara

Bapa reda pemergian anak 'tulang belakang' keluarga

Laman sosial 503 Squadron dihujani doa, ucapan takziah

Keluarga Komander Muhammad Firdaus mohon diberikan ruang bertenang

Senarai penuh mangsa nahas helikopter TLDM

Henti spekulasi nahas helikopter TLDM, serah pihak berkuasa siasat - Fadillah

'Saya tidak dengar bunyi letupan, tiada percikan api'

'Adik kemas rumah, memasak di pagi raya' - kenangan terakhir bersama Noor Rahiza

'Kawan ma cakap ma sudah tak ada'

'Saya buat pengecaman dua kali... Saya lihat wajah anak tenang seperti tidur'

TLDM dedah 10 nama mangsa nahas helikopter

'Abang hubungi ibu, ayah sebelum kejadian berlaku'

'Selepas ini mereka mungkin balik awal selalu' - Skuadron 503

Rakan menangis, sedih terima berita nahas helikopter

Anggota TLDM terbabit nahas helikopter beri bayangan Aidilfitri terakhir

Salah seorang mangsa suami sepupu Eyra Hazali

Bedah siasat di HRPB

Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur diaktifkan

TERKINI: Semua mangsa helikopter TLDM terhempas dibawa keluar

Helikopter TLDM terlibat dalam tiga kali raptai sebelum terhempas

Agong zahir takziah

Kementerian Pertahanan pertimbang semula penganjuran Sambutan Ulang Tahun TLDM

TLDM tubuh Lembaga Siasatan

Mangsa nahas helikopter TLDM dikenal pasti

2 helikopter dinaiki 10 kru

10 dilaporkan terkorban

Dua helikopter terhempas selepas berlanggar di udara

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 April 2024 @ 5:11 PM