ANGGOTA TLDM sedang membuat persiapan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Nibong Besar. FOTO Aminah Yusof
ANGGOTA TLDM sedang membuat persiapan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Nibong Besar. FOTO Aminah Yusof
Siti Aminah Mohd Yusof


Georgetown: Jenazah Komander Muhammad Firdaus Ramli, 44, yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam akan dibawa terus ke Masjid Jamek Sungai Nibong Besar, di sini atas permintaan keluarga.

Adik ipar Allahyarham yang hanya mahu dikenali sebagai Lina berkata, jenazah abang iparnya akan dibawa ke masjid sebaik segala urusan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, Perak selesai.

"Kita tidak tahu berapa lama lagi urusan (bedah siasat) akan berjalan di Ipoh jadi keluarga mahu jenazah terus dibawa ke masjid sebelum pengebumian," katanya ringkas di sini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan, proses bedah siasat semua mangsa nahas helikopter TLDM terhempas di Lumut dijangka selesai jam 2 petang.

Tinjauan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Nibong di sini mendapati anggota pasukan TLDM sedang membuat persiapan seperti memasang khemah di lokasi di situ dengan kerja-kerja menggali liang lahad selesai sebelum tengah hari tadi.

Kediaman keluarga Allahyarham Muhammad Firdaus di Pulau Jerejak, di sini terletak kira-kira dua kilometer dari lokasi tanah perkuburan.

Dalam kejadian 9.32 pagi semalam, 10 anggota dan pegawai terkorban selepas dua helikopter TLDM terhempas di Pangkalan TLDM Lumut ketika raptai perbarisan Sambutan Hari TLDM ke-90.

Berita Berkaitan

Kakak Faisol mohon jenazah adik dibawa pulang ke rumah sebentar

'Arwah bagi tahu sebelum dia pencen, dia teringin nak naik helikopter'

Menteri-Menteri Besar rakam takziah kepada keluarga mangsa tragedi helikopter terhempas di Lumut

'Jenazah ibu sempurna' - Anak Noor Rahiza

'Cikgu pegang tangan sambil menangis, beritahu mama dah meninggal dunia'

Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan

'Yang baik selalunya 'pergi' dulu'

'Sepatutnya hari terindah tapi disambut berita sedih' - Adik Komander Muhamad Amir

'Mendiang abang baru berkahwin, hari ini kami terima berita menyedihkan'

Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk babitkan helikopter

'Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalu pergi dulu' - Bapa saudara

Bapa reda pemergian anak 'tulang belakang' keluarga

Laman sosial 503 Squadron dihujani doa, ucapan takziah

Keluarga Komander Muhammad Firdaus mohon diberikan ruang bertenang

Senarai penuh mangsa nahas helikopter TLDM

Henti spekulasi nahas helikopter TLDM, serah pihak berkuasa siasat - Fadillah

'Saya tidak dengar bunyi letupan, tiada percikan api'

'Adik kemas rumah, memasak di pagi raya' - kenangan terakhir bersama Noor Rahiza

'Kawan ma cakap ma sudah tak ada'

'Saya buat pengecaman dua kali... Saya lihat wajah anak tenang seperti tidur'

TLDM dedah 10 nama mangsa nahas helikopter

'Abang hubungi ibu, ayah sebelum kejadian berlaku'

'Selepas ini mereka mungkin balik awal selalu' - Skuadron 503

Rakan menangis, sedih terima berita nahas helikopter

Anggota TLDM terbabit nahas helikopter beri bayangan Aidilfitri terakhir

Salah seorang mangsa suami sepupu Eyra Hazali

Bedah siasat di HRPB

Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur diaktifkan

TERKINI: Semua mangsa helikopter TLDM terhempas dibawa keluar

Helikopter TLDM terlibat dalam tiga kali raptai sebelum terhempas

Agong zahir takziah

Kementerian Pertahanan pertimbang semula penganjuran Sambutan Ulang Tahun TLDM

TLDM tubuh Lembaga Siasatan

Mangsa nahas helikopter TLDM dikenal pasti

2 helikopter dinaiki 10 kru

10 dilaporkan terkorban

Dua helikopter terhempas selepas berlanggar di udara

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 April 2024 @ 12:54 PM