Muhamad Lokman Khairi


Ipoh: Proses bedah siasat ke atas 10 mayat anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, hampir selesai.

Prosedur dilakukan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini,kini berada pada peringkat akhir.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional negeri, A Sivanesan berkata, semua pegawai perubatan yang terlibat sudah bertungkus lumus sejak petang semalam.

"Semua pegawai perubatan HRPB bekerja keras dan pegawai Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) pun turun untuk membantu melancarkan proses bedah siasat.

"Saya difahamkan pengurusan jenazah akan selesai 1 tengah hari," katanya kepada pemberita semasa ditemui di pekarangan Jabatan Forensik HRPB, di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menziarahi waris mangsa yang berkumpul di ruang khas disediakan di hospital berkenaan.

Dalam pada itu, Sivanesan berkata kerajaan negeri akan menyediakan bantuan khas kepada waris tiga anggota yang berasal dari Perak.

"Kerajaan Perak akan membantu waris mereka dari segi pendidikan dan sebagainya. Kita akan kaji jenis bantuan boleh disalurkan," katanya.

Mereka terdiri daripadaPegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi yang berasal dari Lekir; Pegawai Waran II TNL Nurfarahimi Mohd Suady (Selama) dan Leftenan T Sivasutan (Sitiawan).

Terdahulu, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari tiba di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, hari ini.

Kenderaan membawa Adly tiba kira-kira pada jam 11 pagi.

Sebelum itu, sebuah kenderaan milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)membawa Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob tiba pada 10.50 lagi.

Berita Berkaitan

Kakak Faisol mohon jenazah adik dibawa pulang ke rumah sebentar

'Arwah bagi tahu sebelum dia pencen, dia teringin nak naik helikopter'

Menteri-Menteri Besar rakam takziah kepada keluarga mangsa tragedi helikopter terhempas di Lumut

'Jenazah ibu sempurna' - Anak Noor Rahiza

'Cikgu pegang tangan sambil menangis, beritahu mama dah meninggal dunia'

Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan

'Yang baik selalunya 'pergi' dulu'

'Sepatutnya hari terindah tapi disambut berita sedih' - Adik Komander Muhamad Amir

'Mendiang abang baru berkahwin, hari ini kami terima berita menyedihkan'

Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk babitkan helikopter

'Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalu pergi dulu' - Bapa saudara

Bapa reda pemergian anak 'tulang belakang' keluarga

Laman sosial 503 Squadron dihujani doa, ucapan takziah

Keluarga Komander Muhammad Firdaus mohon diberikan ruang bertenang

Senarai penuh mangsa nahas helikopter TLDM

Henti spekulasi nahas helikopter TLDM, serah pihak berkuasa siasat - Fadillah

'Saya tidak dengar bunyi letupan, tiada percikan api'

'Adik kemas rumah, memasak di pagi raya' - kenangan terakhir bersama Noor Rahiza

'Kawan ma cakap ma sudah tak ada'

'Saya buat pengecaman dua kali... Saya lihat wajah anak tenang seperti tidur'

TLDM dedah 10 nama mangsa nahas helikopter

'Abang hubungi ibu, ayah sebelum kejadian berlaku'

'Selepas ini mereka mungkin balik awal selalu' - Skuadron 503

Rakan menangis, sedih terima berita nahas helikopter

Anggota TLDM terbabit nahas helikopter beri bayangan Aidilfitri terakhir

Salah seorang mangsa suami sepupu Eyra Hazali

Bedah siasat di HRPB

Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur diaktifkan

TERKINI: Semua mangsa helikopter TLDM terhempas dibawa keluar

Helikopter TLDM terlibat dalam tiga kali raptai sebelum terhempas

Agong zahir takziah

Kementerian Pertahanan pertimbang semula penganjuran Sambutan Ulang Tahun TLDM

TLDM tubuh Lembaga Siasatan

Mangsa nahas helikopter TLDM dikenal pasti

2 helikopter dinaiki 10 kru

10 dilaporkan terkorban

Dua helikopter terhempas selepas berlanggar di udara

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 April 2024 @ 12:31 PM