AHLI keluarga Wan Rezaudeen Kamal yang ditemui di Masjid Salehuddi Al-Ayyubi, Taman Melati. FOTO Hafidzul Hilmi.
AHLI keluarga Wan Rezaudeen Kamal yang ditemui di Masjid Salehuddi Al-Ayyubi, Taman Melati. FOTO Hafidzul Hilmi.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: "Arwah memang bercita-cita untuk menjadi juruterbang sejak kecil, namun baru-baru ini dia beritahu mahu pencen awal," kata Saiful Arifin Sukiman, 38.

Dia adalah sepupu kepada Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin, 37, juruterbang pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) yang terkorban dalam nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, semalam.

Menurutnya, ketika menziarahi ibu bapa arwah minggu lalu, bapanya ada bercerita mengenai hasrat arwah untuk berpencen awal.

"Arwah disifatkan sebagai seorang yang pendiam, namun periang dan komited dengan tugas sebagai pegawai tentera.

"Tetapi kami tidak menyangka hasrat arwah untuk berpencen awal itu adalah petanda untuk dia pergi.

"Ketika kecil, kami rapat dan arwah memang sangat bijak dalam pelajaran dan bercita-cita untuk menjadi juruterbang, malah sebelum ini dia membawa pesawat dan mula menjadi juruterbang helikopter sejak dua tahun lalu," katanya ketika ditemui di Masjid Salehuddi Al-Ayyubi, Taman Melati, di sini, hari ini.

Sementara itu, seorang lagi sepupu arwah, Siti Arbaiyah Bahudin, 43, berkata, arwah adalah anak sulung daripada tiga adik beradik.

"Dia harapan keluarga dan disebabkan itu keluarga masih sukar menerima kejadian yang berlaku ke atasnya.

"Kami sendiri terkejut dengan kejadian ini. Saya dapat tahu berita kejadian daripada abang yang berada di Kuala Kangsar," katanya.

Terdahulu proses bedah siasat ke atas 10 mangsa insiden helikopter terhempas yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak selesai pada 2.20 petang tadi.

Jenazah mangsa beragama Islam dibawa ke Kem Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh untuk solat jenazah sebelum dikebumikan di tanah perkuburan mengikut permintaan keluarga masing-masing.

Berita Berkaitan

Kakak Faisol mohon jenazah adik dibawa pulang ke rumah sebentar

'Arwah bagi tahu sebelum dia pencen, dia teringin nak naik helikopter'

Menteri-Menteri Besar rakam takziah kepada keluarga mangsa tragedi helikopter terhempas di Lumut

'Jenazah ibu sempurna' - Anak Noor Rahiza

'Cikgu pegang tangan sambil menangis, beritahu mama dah meninggal dunia'

Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan

'Yang baik selalunya 'pergi' dulu'

'Sepatutnya hari terindah tapi disambut berita sedih' - Adik Komander Muhamad Amir

'Mendiang abang baru berkahwin, hari ini kami terima berita menyedihkan'

Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk babitkan helikopter

'Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalu pergi dulu' - Bapa saudara

Bapa reda pemergian anak 'tulang belakang' keluarga

Laman sosial 503 Squadron dihujani doa, ucapan takziah

Keluarga Komander Muhammad Firdaus mohon diberikan ruang bertenang

Senarai penuh mangsa nahas helikopter TLDM

Henti spekulasi nahas helikopter TLDM, serah pihak berkuasa siasat - Fadillah

'Saya tidak dengar bunyi letupan, tiada percikan api'

'Adik kemas rumah, memasak di pagi raya' - kenangan terakhir bersama Noor Rahiza

'Kawan ma cakap ma sudah tak ada'

'Saya buat pengecaman dua kali... Saya lihat wajah anak tenang seperti tidur'

TLDM dedah 10 nama mangsa nahas helikopter

'Abang hubungi ibu, ayah sebelum kejadian berlaku'

'Selepas ini mereka mungkin balik awal selalu' - Skuadron 503

Rakan menangis, sedih terima berita nahas helikopter

Anggota TLDM terbabit nahas helikopter beri bayangan Aidilfitri terakhir

Salah seorang mangsa suami sepupu Eyra Hazali

Bedah siasat di HRPB

Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur diaktifkan

TERKINI: Semua mangsa helikopter TLDM terhempas dibawa keluar

Helikopter TLDM terlibat dalam tiga kali raptai sebelum terhempas

Agong zahir takziah

Kementerian Pertahanan pertimbang semula penganjuran Sambutan Ulang Tahun TLDM

TLDM tubuh Lembaga Siasatan

Mangsa nahas helikopter TLDM dikenal pasti

2 helikopter dinaiki 10 kru

10 dilaporkan terkorban

Dua helikopter terhempas selepas berlanggar di udara

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 April 2024 @ 6:19 PM