PANGKALAN TLDM Lumut, semalam. FOTO L Manimaran
PANGKALAN TLDM Lumut, semalam. FOTO L Manimaran
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri


Lumut: "Kami di sini sudah lazim melihat latihan helikopter terbang agak rendah melintasi ruangan 'atas' memandangkan pekan ini terletak begitu hampir dengan Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut. Namun semalam tidak kedengaran pula bunyi letupan."

Itu kata peniaga restoran di pekan ini yang hanya dikenali sebagai Jun bagi menceritakan detik-detik semasa latihan raptai bagi Sambutan Hari Ulangtahun Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-90 sebelum berlaku nahas dua helikopter TLDM yang mengorbankan nyawa 10 anggota, semalam.

Beliau berkata, ketika itu beliau berada di restoran yang diusahakannya di pekan Lumut dan ada mendengar bunyi helikopter melintas secara dekat dalam jam 9 pagi dan sesudahnya namun hal itu sudah dianggap biasa bagi penduduk atau peniaga setempat.

Katanya, bagaimanapun semalam beliau dan beberapa pekerjanya yang teruja mahu melihat helikopter secara dekat keluar dari premis restoran untuk mendongak ke langit namun tidak melihat sebarang kejanggalan.

"Selalunya memang macam itu (helikopter terbang rendah) dan kami di sini memang biasa dengan kaeadaan itu. Tambahan disebabkan tahun sebelum ini pun ada dibuat Hari Terbuka ARMADA TLDM termasuk yang membabitkan gabungan tiga sayap tentera dalam ATM (Angkatan Tentera Malaysia).

"Lagipun mungkin disebabkan dua helikopter itu terhempas di kawasan yang agak jauh ke dalam pangkalan TLDM itu membuatkan saya dan kami di sini tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku sesudah itu sehinggalah maklumat mengenainya mula ditularkan di kumpulan WhatsApp kira-kira sejam selepasnya," katanya ketika ditemui NSTP, semalam.

Menurutnya, beliau ketika masih berada di restoran ketika kejadian yang dianggarkan berlaku jam 9.30 pagi itu, besebelum bergerak ke bandar Seri Manjung jam 10 pagi untuk membeli barangan basah bagi kegunaan perniagaannya.

Katanya, restoran yang diusahakan memang sering dikunjungi pelanggan termasuk dalam kalangan anggota TLDM di kawasan itu.

Berita Berkaitan

Laman sosial 503 Squadron dihujani doa, ucapan takziah

Keluarga Komander Muhammad Firdaus mohon diberikan ruang bertenang

Senarai penuh mangsa nahas helikopter TLDM

Henti spekulasi nahas helikopter TLDM, serah pihak berkuasa siasat - Fadillah

'Saya tidak dengar bunyi letupan, tiada percikan api'

'Adik kemas rumah, memasak di pagi raya' - kenangan terakhir bersama Noor Rahiza

'Kawan ma cakap ma sudah tak ada'

'Saya buat pengecaman dua kali... Saya lihat wajah anak tenang seperti tidur'

TLDM dedah 10 nama mangsa nahas helikopter

'Abang hubungi ibu, ayah sebelum kejadian berlaku'

'Selepas ini mereka mungkin balik awal selalu' - Skuadron 503

Rakan menangis, sedih terima berita nahas helikopter

Anggota TLDM terbabit nahas helikopter beri bayangan Aidilfitri terakhir

Salah seorang mangsa suami sepupu Eyra Hazali

Bedah siasat di HRPB

Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur diaktifkan

TERKINI: Semua mangsa helikopter TLDM terhempas dibawa keluar

Helikopter TLDM terlibat dalam tiga kali raptai sebelum terhempas

Agong zahir takziah

Kementerian Pertahanan pertimbang semula penganjuran Sambutan Ulang Tahun TLDM

TLDM tubuh Lembaga Siasatan

Mangsa nahas helikopter TLDM dikenal pasti

2 helikopter dinaiki 10 kru

10 dilaporkan terkorban

Dua helikopter terhempas selepas berlanggar di udara

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 April 2024 @ 12:22 PM