SITUASI di hadapan pintu masuk utama Pangkalan TLDM,  Lumut, hari ini. FOTO Bernama
SITUASI di hadapan pintu masuk utama Pangkalan TLDM, Lumut, hari ini. FOTO Bernama
BERNAMA

Kuala Lumpur: Beberapa menteri besar hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pagi tadi.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad menyifatkan tragedi itu sebagai amat menyedihkan selain mendoakan keluarga mangsa dikurniakan kekuatan dan ketabahan menghadapi saat getir ketika ini.

"Hari yang amat menyedihkan buat kita semua. Takziah kepada seluruh keluarga wira-wira TLDM yang terlibat dalam tragedi kemalangan helikopter di TLDM Lumut pagi tadi.

"Ya Allah Azza Wa Jalla, Kau ampunkanlah dosa mereka, Kau angkatkanlah darjat mereka ke tahap yang tertinggi sesuai dengan pengorbanan tinggi yang mereka curahkan buat agama, bangsa dan negara," katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, yang turut mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga mangsa nahas itu, mendoakan agar mereka yang terkorban ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pula menyifatkan tragedi yang menyayat hati itu sebagai satu kehilangan yang cukup besar kepada negara dan TLDM.

"Saya bersama Kerajaan Negeri Pahang dan seluruh rakyat Pahang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap mereka tabah menghadapi dugaan yang berat ini," katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mengucapkan takziah turut menitipkan doa buat mangsa yang terkorban dalam tragedi itu.

"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka, dipermudahkan urusan dan diberikan ketabahan buat keluarga yang ditinggalkan," katanya.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut mengajak rakyat di negeri itu berdoa buat mangsa yang terkorban dalam tragedi berkenaan serta mendoakan agar mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nasuruddin Daud pula, yang turut menzahirkan ucapan takziah, berharap aspek keselamatan semasa raptai perlu diberi keutamaan pada masa akan datang.

Tragedi membabitkan pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan pesawat Fennec (M502-6) pada 9.32 pagi semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 itu mengorbankan 10 pegawai dan anggota TLDM termasuk tiga wanita.

Berita Berkaitan

Laman sosial 503 Squadron dihujani doa, ucapan takziah

Keluarga Komander Muhammad Firdaus mohon diberikan ruang bertenang

Senarai penuh mangsa nahas helikopter TLDM

Henti spekulasi nahas helikopter TLDM, serah pihak berkuasa siasat - Fadillah

'Saya tidak dengar bunyi letupan, tiada percikan api'

'Adik kemas rumah, memasak di pagi raya' - kenangan terakhir bersama Noor Rahiza

'Kawan ma cakap ma sudah tak ada'

'Saya buat pengecaman dua kali... Saya lihat wajah anak tenang seperti tidur'

TLDM dedah 10 nama mangsa nahas helikopter

'Abang hubungi ibu, ayah sebelum kejadian berlaku'

'Selepas ini mereka mungkin balik awal selalu' - Skuadron 503

Rakan menangis, sedih terima berita nahas helikopter

Anggota TLDM terbabit nahas helikopter beri bayangan Aidilfitri terakhir

Salah seorang mangsa suami sepupu Eyra Hazali

Bedah siasat di HRPB

Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur diaktifkan

TERKINI: Semua mangsa helikopter TLDM terhempas dibawa keluar

Helikopter TLDM terlibat dalam tiga kali raptai sebelum terhempas

Agong zahir takziah

Kementerian Pertahanan pertimbang semula penganjuran Sambutan Ulang Tahun TLDM

TLDM tubuh Lembaga Siasatan

Mangsa nahas helikopter TLDM dikenal pasti

2 helikopter dinaiki 10 kru

10 dilaporkan terkorban

Dua helikopter terhempas selepas berlanggar di udara

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 April 2024 @ 12:20 AM