Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Kompleks LakePoint Setia Alam Impian. FOTO HAZREEN MOHAMAD
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Kompleks LakePoint Setia Alam Impian. FOTO HAZREEN MOHAMAD
BERNAMA

Shah Alam: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dan waris bekas Ketua Polis Negara Tun Mohammed Hanif Omar yang meninggal dunia awal pagi tadi.

Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Menurut hantaran di Instagram Selangor Royal Office, Allahyarham pernah dilantik sebagai Ketua Polis Selangor pada 1971 dan berkhidmat selama dua tahun.

"Atas jasa dan bakti Allahyarham, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah mengurniakan Darjah Kebesaran Dato' Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A.) pada 1992.

"Baginda berdua mendoakan semoga roh Allahyarham Mohammed Hanif dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh," menurut hantaran itu.

Mohammed Hanif, 85, yang menghembuskan nafas terakhirnya pada 2.15 pagi tadi akibat sakit buah pinggang dilantik selaku Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974 sebelum bersara pada 15 Januari 1994.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 April 2024 @ 1:07 PM