LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Muhaamad Hafis Nawawi


Petaling Jaya: Wanita yang terjatuh dari tingkat 13 sebuah bangunan komersial di SS6 Kelana Jaya di sini, semalam, dipercayai mempunyai masalah dalam perniagaannya sebagai perancang perkahwinan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, pihaknya masih menyiasat kejadian itu namun dipercayai berkaitan perniagaannya yang mengalami masalah.

Harian Metro semalam melaporkan wanita maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 13 sebuah bangunan komersial di SS6 Kelana Jaya.

Kejadian dilaporkan seorang pekerja sebuah kedai serbaneka yang melihat wanita itu terjatuh di bahagian lobi yang mana polis turut menemui sekeping nota disyaki milik wanita itu di lokasi.

Berdasarkan semakan, wanita terbabit berusia 37 tahun dan bekerja sebagai perancang perkahwinan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 April 2024 @ 3:15 PM