Badrul Hisham Alias, (tiga dari kanan) menyampaikan kad pengenalan diri baharu kepada salah seorang penghuni pada Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) Santunan Kasih Warga Emas Rumah Seri Kenangan (RSK), di Pengkalan Chepa, di sini, hari ini. FOTO SYAHERAH MUSTAFA
Badrul Hisham Alias, (tiga dari kanan) menyampaikan kad pengenalan diri baharu kepada salah seorang penghuni pada Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) Santunan Kasih Warga Emas Rumah Seri Kenangan (RSK), di Pengkalan Chepa, di sini, hari ini. FOTO SYAHERAH MUSTAFA
Syaherah Mustafa


Kota Bharu: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) meluluskan sebanyak 10,842 permohonan dokumen pengenalan diri melalui

Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) yang diadakan di seluruh negara bermula Januari sehingga 15 Mac, tahun ini

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Badrul Hisham Alias, berkata permohonan berkenaan diperoleh melalui pelaksanaan 441 program Mekar yang dibahagikan kepada kategori Mekar Ihsan, Mekar Komuniti, Mekar Identiti, Mekar Pahlawan dan Mekar Diaspora

Katanya, dokumen yang dipohon serta diluluslan termasuk sijil lahir, kad pengenalan diri (IC), sijil kewarganegaraan, sijil perkahwinan bukan Islam dan sijil kematian.

"Selain proses meluluskan dokumen pengenalan diri, JPN turut menerima 4,784 khidmat nasihat kepada yang memerlukan. Kami mensasarkan sebanyak 1,500 program diadakan sepanjang tahun, justeri lebih banyak lagi akan diadakan selepas ini untuk mencapai sasaran berkenaan.

"Jumlah yang diluluskan sepanjang beberapa bulan ini menunjukkan peningkatan yang ketara kerana sepanjang tahun lalu kami menerima permohonan sebanyak 29,330 untuk sepanjang 2023.

"Program Mekar JPN adalah program turun padang yang mana memudahkan mereka yang layakmenguruskan permohonan pengenalan diri sekali gus memastikan tiada rakyat yang tercicir daripada menerima hak mereka," katanya dalam sidang media selepas Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) Santunan Kasih Warga Emas Rumah Seri Kenangan (RSK), di Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPN, Sarinah Apisah dan Pengarah JPN Kelantan, Asrehan Ab Razak.

JPN turut menyerahkan sebanyak 12 kad pengenalan diri yang baharu kepada penghuni RSK selain menyampaikan sumbangan biskut raya.

Badrul berkata, setakata ini mengikut statistik tiga negeri yang paling tinggi menghantar permohonan kepada JPN ialah Wilayah Persekutuan, Selangor dan Sabah.

"JPN akan memastikan setiap penduduk di Malaysia yang layak dikeluarkan dokumen pengenalan diri yang sah bagi membolehkan mereka menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan.

"Justeru orang ramai atau mana-mana pihak yang mendapati terdapat individu yang mempunyai masalah berkaitan dokumen pengenalan diri untuk segera merujuk pejabat JPN di setiap negeri supaya mereka dapat dibantu," katanya.

Menurutnya, pihaknya turut mengadakam program khusus untuk penduduk Orang Asli di penempatan mereka supaya tidak tercicir dalam pengurusan dokumen pengenalan diri.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Mac 2024 @ 4:42 PM