Tiga remaja yang hilang ketika melakukan aktiviti memikat ayam hutan di Kampung Pulau Kerengga, ditemui dalam keadaan selamat. FOTO IHSAN BOMBA
Tiga remaja yang hilang ketika melakukan aktiviti memikat ayam hutan di Kampung Pulau Kerengga, ditemui dalam keadaan selamat. FOTO IHSAN BOMBA
Nazdy Harun


Marang: Tiga remaja yang tersesat di kawasan hutan di Kampung Pulau Kerengga, di sini, ketika melakukan aktiviti memikat ayam hutan, ditemukan selamat pagi ini.

Komander Operasi, Che Mohd Badrul Isham Che Mohd Noor berkata, mangsa ditemukan empat kilometer dari lokasi mereka hilang.

Menurutnya, mangsa, Mohamad Adam Ajmal Zainudin, 15; Mohamad Haris Kamarudin, 16 dan Muhamad AmurulHaziq Selamat, 16, ditemukan dalam keadaan lemah dan mengalami luka-luka kecil di badan.

Katanya, mangsa dibawa oleh Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) ke Klinik Kesihatan Gong Balai di sini, untuk pemeriksaan kesihatan dan diserahkan kepada keluarga.

"Operasi tamat pada 9 pagi selepas kesemua ketiga-tiga remaja terbabit ditemukan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Mac 2024 @ 10:03 AM