GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Omar Ahmad


Johor Bahru : Ibu kandung yang disyaki mengelar anaknya berusia 18 bulan direman tujuh hari bermula hari ini.

Permohonan reman dikeluarkan Majistret, Suhaili Sapuan di Hospital Permai Johor Bahru di sini, sehingga Sabtu depan terhadap wanita berusia 32 tahun itu.

Permohonan reman berkenaan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, sebelum ini mangsa dibawa ke Hospital terbabit bagi tujuan pemeriksaan kesihatan.

Terdahulu, Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar dilaporkan berkata, seorang ibu dipercayai mengelar bayi lelakinya dirumahnya di Pasir Gudang.

Katanya siasatan awal mendapati, ibu mangsa yang berusia 32 tahun telah menghantar gambar anaknya yang berlumuran darah melalui WhatsApp kepada suaminya.

Ibu kelar bayi berubah pendiam sebelum kejadian

Ibu kelar bayi berubah pendiam sebelum kejadian

Lepas kelar leher anak, hantar gambar anak pada suami

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mac 2024 @ 2:53 PM