Lokasi kejadian kes seorang bayi dikelar. FOTO Omar Ahmad
Lokasi kejadian kes seorang bayi dikelar. FOTO Omar Ahmad
Omar Ahmad


Pasir Gudang : "Jiran saya ini seorang yang baik dan sering membawa anak tunggal mereka berjalan-jalan di lorong perumahan kami pada waktu petang," kata salah seorang jiran wanita yang disyaki mengelar bayi lelakinya, semalam.

Dia yang enggan dikenali mengetahui kejadian tragis itu kira-kira 1 tengah hari, selepas jiran lain meminta pertolongan.

"Sewaktu sampai di depan rumah jiran (suspek) saya nampak sekujur tubuh kanak-kanak dan darah di ruang tamu.

"Manakala ibunya pula duduk bersila dan terdiam di hadapan tubuh kecil itu.

"Saya terperanjat bila tiba di rumah itu dan beritahu suami mengenai kejadian yang berlaku. Tidak lama kemudian, polis tiba dan uruskan kes tersebut," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau yang sudah lama mengenali jiran (suspek) menyifatkan sebagai ibu yang baik dan ramah.

"Jiran saya itu (suspek) sering membawa keluar anaknya (mangsa) itu berjalan-jalan di sekitar kawasan lorong rumah kami.

"Saya memang trauma selepas melihat tubuh kanak-kanak itu, masih terbayang-bayang. Malam tadi pun tidak dapat tidur.

"Saya juga mempunyai dua orang anak, berusia sembilan dan empat tahun kerap bermain dengan anak mangsa yang dikelar itu," katanya.

Sementara itu, seorang lagi jiran memberitahu, sehari sebelum kejadian, keluarga kecil (ibu, bapa dan bayi) ada datang untuk memberi donat sebagai juadah berbuka puasa.

"Mereka sekeluarga sempat beri donat kepada kami sekeluarga dan jiran-jiran yang lain.

"Jiran saya itu 'okay' sahaja, bila jumpa dia akan tegur. Isterinya juga selalu dilihat membawa anaknya keluar berjalan-jalan," katanya yang memaklumkan tidak pernah melihat atau mendengar suara kanak-kanak menangis atau jirannya bertengkar di rumah terbabit.

Ibu kelar bayi berubah pendiam sebelum kejadian

Lepas kelar leher anak, hantar gambar anak pada suami

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mac 2024 @ 1:37 PM