LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu kerana disyaki terbabit dalam kes pengubahan wang haram hasil daripada penyelewengan dana derma awam Aman Palestin.

Sumber berkata, kesemua suspek lelaki berusia lingkungan antara 40-an hingga 50-an ditahan jam 11.30 pagi hari ini di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya ketika diminta hadir memberi keterangan.

"Ketiga-tiga orang kena tangkap (OKT) termasuk seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor jam 9 pagi esok dengan lebih 100 pertuduhan.

"Siasatan awal mendapati kesemua OKT terbabit dengan perbuatan itu di antara tahun 2018 hingga 2023," katanya.

Sementara itu, sumber juga mengesahkan bahawa OKT akan dituduh mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001.

Terdahulu Harian Metro melaporkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tiga individu akan didakwa di Mahkamah Shah Alam esok.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Februari 2024 @ 9:56 PM