IBU Pejabat Aman Palestin  di Bandar Baru Bangi. FOTO Bernama
IBU Pejabat Aman Palestin di Bandar Baru Bangi. FOTO Bernama
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Tiga individu dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) akan didakwa di Mahkamah Shah Alam, Selangor esok.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan mereka akan didakwa di Mahkamah Shah Alam esok.

"Ya, tiga orang dari Aman Palestin akan didakwa esok," katanya ringkas.

Harian Metro sebelum ini melaporkan SPRM membeku 41 akaun dan beberapa entiti syarikat lain pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aman Palestin berjumlah RM15,868,762 selepas didakwa menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai.

Tindakan itu diambil selepas siasatan terhadap Aman Palestin dijalankan sejak 17 Oktober tahun lalu.

"Sebelum ini, SPRM turut menggeledah premis Aman Palestin serta memperoleh dokumen berkaitan kewangan dan pengurusan operasi bagi tempoh lima tahun terdahulu.

"Siasatan berkenaan dijalankan bagi mendapatkan keterangan berhubung kesalahan mengikut Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) dan Kanun Keseksaan (Akta 574)," katanya dipetik.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Februari 2024 @ 8:29 PM