KETUA Polis Daerah Tapah Supt Mohd Naim Asnawi  (kanan) meninjau keadaan sungai selepas tragedi kepala air di Sungai Kenjur, Kampung Poh, Bidor. FOTO Bernama.
KETUA Polis Daerah Tapah Supt Mohd Naim Asnawi (kanan) meninjau keadaan sungai selepas tragedi kepala air di Sungai Kenjur, Kampung Poh, Bidor. FOTO Bernama.
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


Bagan Serai: Kerajaan negeri meminta Jabatan Perhutanan Perak mengambil tindakan segera memasang alat amaran bencana alam di tempat yang mengorbankan empat beranak di Sungai Kenjur, Kampung Poh, Bidor.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, berdasarkan laporan di kawasan berkenaan belum pernah berlaku kejadian kepala air.

"Jabatan hutan ada memasang alat amaran di beberapa kawasan di situ dan sekiranya lokasi kejadian di bawah pengawasan mereka, kita minta memasang alat penggera keselamatan atau amaran bencana di situ.

"Sesiapa pun yang berada atau berkelah atau mandi manda di kawasan sungai yang ada air terjun, kena sentiasa berwaspada kerana kemungkinan besar hujan itu berlaku di hulu dan bukan di kawasan mereka berkelah.

"Jadi perkara ini mereka perlu peka dan beri perhatian," katanya di sini, hari ini.

Kerajaan Negeri Perak meminta Jabatan Perhutanan Negeri agar mengambil tindakan segera bagi memasang alat amaran bencana alam di lokasi yang mengorbankan empat beranak di Sungai Kenjur, Kampung Poh,B Bidor.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata berdasarkan laporan dikawasan berkenaan belum pernah berlaku kejadian kepala air namun itu tidak bermakna ianya tidak akan berlaku.

" Sebenarnya Jabatan Hutan ada memasang alat amaran di beberapa kawasan disitu dan sekiranya lokasi kejadian di bawah pengawasan mereka, maka kita minta memasang alat penggera keselamatan atau amaran bencana di situ.

" Sesiapa pun yang berada atau berkelah atau mandi manda dikawasan sungai yang ada air terjun, kena sentiasa berwaspada kerana kemungkinan besar hujan itu berlaku di hulu dan bukan dikawasan mereka berkelah.

" Jadi perkara ini mereka perlu peka dan beri perhatian," katanya dalam sidang media selepas Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan di Dewan Datuk Zainal Abidin Zin,Bagan Serai.

Menurutnya kerajaan negeri melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai yang juga Exco Negeri Perak, A Sivanesan telah pun berkunjung kelokasi bagi mengetahui keadaan sebenar.

" Saya belum pun dapat maklumat sebenar dilokasi dan dijangka kerajaan negeri akan turut membantu keluarga berkenaan," katanya.

Dalam perkembangan lain beliau menegaskan pembinaan Hospital Parit Buntar kini berbaki hanya dua persen untuk disiapkan.

Tambahnya penduduk daerah Kerian tidak perlu berbalah tentang nama hospital berkenaan dan kata putus bagi nama hospital itu aoan dibincangkan dalam mesyuarat exco yang akan datang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Februari 2024 @ 7:14 PM