SUSPEK peniaga Kemboja disyaki rogol Anak saudara direman tujuh hari bantu siasatan. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad.
SUSPEK peniaga Kemboja disyaki rogol Anak saudara direman tujuh hari bantu siasatan. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad.
Meor Riduwan Meor Ahmad


Jasin: Seorang remaja perempuan menjadi mangsa nafsu serakah bapa saudara apabila dirogol lelaki terbabit di sebuah kedai pakaian di Merlimau, di sini, kelmarin.

Bagaimapaun, suspek warga Kemboja berusia 27 tahun itu berjaya ditahan susulan laporan polis dibuat mangsa berusia 13 tahun.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, suspek dicekup oleh sepasukan anggota polis di rumahnya di Bukit Katil, kira-kira jam 12 tengah malam semalam.

Menurutnya, berdasarkan laporan, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang juga pelajar dipanggil suspek ke belakang kedai kira-kira jam 3.30 petang.

"Suspek dikatakan meraba mangsa dan menyuruhnya diam sebelum dirogol sambil memberi amaran supaya tidak menceritakan kejadian kepada sesiapa.

"Mangsa kemudian menghubungi ibu saudaranya bagi menceritakan perbuatan suspek," katanya di sini, semalam.

Menurutnya, ketika kejadian hanya suspek dan mangsa berada di kedai, manakala isteri lelaki itu bersama ibu mangsa keluar menghantar pakaian kepada peniaga pasar malam di kawasan berhampiran.

Katanya, siasatan mendapati kejadian berlaku di bilik belakang kedai dan lokasi itu tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV).

"Suspek direman selama tujuh hari sehingga 7 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Februari 2024 @ 1:53 PM