Keadaan kemalangan yang membabitkan sebuah treler yang sarat dengan buah sawit terbalik membabitkan tiga buah kereta yang sedang berhenti di Simpang tiga lampu isyarat di Lukut - Sepang, Port Dickson. FOTO MOHD KHIDIR ZAKARIA
Keadaan kemalangan yang membabitkan sebuah treler yang sarat dengan buah sawit terbalik membabitkan tiga buah kereta yang sedang berhenti di Simpang tiga lampu isyarat di Lukut - Sepang, Port Dickson. FOTO MOHD KHIDIR ZAKARIA
Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Treler penuh muatan sawit terbalik di simpang tiga lampu isyarat Lukut-Sepang di sini, pagi tadi hingga menyebabkan kesesakan hampir tiga jam

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian 8.40 pagi tadi membabitkan treler dan tiga kereta.

Menurutnya, kemalangan berlaku ketika treler datang dari arah Sepang dalam perjalanan ke arah Seremban hilang kawalan sebaik sampai di simpang tiga itu lalu terbalik.

"Ia menyebabkan muatan sawit bertaburan di atas jalan hingga terkena tiga kenderaan yang berhenti di lampu isyarat merah di arah bertentangan," katanya dalam satu kenyataan media di sini tadi.

Katanya, keadaan lalu lintas sesak teruk hampir tiga jam namun berjaya dikawal dengan baik oleh 'Respond Team Trafik Port Dickson'.

"Semua pemandu kenderaan terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan namun kesesakan jalan di pintu masuk Lukut di semua arah," katanya.

Aidi Sham berkata, Kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59 mengikut Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 January 2024 @ 5:08 PM