Polis memeriksa lori yang terbabit dalam kemalangan di KM24.1 Lebuhraya Seremban-Port Dickson hari ini. (Gambar kanan) Kesesakan kenderaan yang berlaku. Foto Mohd Khidir Zakaria
Polis memeriksa lori yang terbabit dalam kemalangan di KM24.1 Lebuhraya Seremban-Port Dickson hari ini. (Gambar kanan) Kesesakan kenderaan yang berlaku. Foto Mohd Khidir Zakaria
Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Kesesakan sejauh hampir 10 kilometer (km) berlaku susulan kemalangan membabitkan sebuah lori yang terbalik di KM24.1 Lebuhraya Seremban-Port Dickson di sini, petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, lori dengan muatan itu dikatakan dari arah Seremban hala ke Lukut sebelum hilang kawalan dan melanggar besi pembahagi jalan lalu terbalik ke lorong kanan dalam kejadian pada 1.30 tengah hari.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan pemandu, 40, dan kelindannya, 21, mengalami kecederaan ringan dan sakit badan.

"Pengguna lebuh raya itu juga terpaksa menunggu hampir dua jam untuk proses membersihkan selepas didapati keadaan jalan tidak selamat kerana muatan lori dipercayai bahan kimia tumpah.

"Kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 November 2021 @ 8:15 PM