AHLI keluarga Bella tiba ke Jabatan Forensik HSI bagi menuntut jenazah. FOTO Mary Victoria Dass
AHLI keluarga Bella tiba ke Jabatan Forensik HSI bagi menuntut jenazah. FOTO Mary Victoria Dass
Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Suasana hiba menyelubungi pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail di sini apabila waris mangsa bunuh, Mira Sharmila Samsusah, 32, atau dikenali sebagai Bella tiba menuntut jenazah, 1.30 tengah hari tadi.

Ibu Bella, Noraini Salleh, 55, dan kakaknya, Norisham, 36, atau dikenali sebagai Ayu hadir ke Forensik HSI manakala anak Bella, Eusuf, 5, dah Maream, 2, tidak kelihatan.

Pendakwah bebas, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew turut hadir bagi memberi sokongan moral kepada keluarga berkenaan.

Terdahulu, pemberita berkumpul di pekarangan forensik seawal 6.30 pagi bagi menunggu kehadiran keluarga Bella.

Bagaimanapun keluarga Bella ke Jabatan Forensik HSI hanya hadir selepas mengikuti kes di Mahkamah Batu Pahat membabitkan pendakwaan teman lelaki mangsa berusia 24 tahun berhubung kes Bella.

Hari ini, teman lelaki kepada Bella, Mohammad Haikal Mahfuz, 24, didakwa di Mahkamah Majistret di Batu Pahat atas pertuduhan membunuh wanita itu, bulan lalu.

Berita berkaitan

Cemburu, sakit hati punca pembunuhan Bella

'Saya boleh agak apa berlaku terhadapnya' - Rakan Bella

'Pembunuh, pembunuh!'

Penemuan rangka di rumah terbiar milik Bella?

Bella atau bukan? Identiti masih misteri

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 January 2024 @ 2:23 PM