GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Polis masih dalam tindakan mengesan suspek kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tindakan mengumpul maklumat dan risikan sedang dilaksana untuk mendapatkan petunjuk baharu.

"Masih dalam tindakan. Insya Allah," katanya ringkas ketika dihubungi, hari ini.

Khamis lalu, beberapa pegawai dan anggota polis dilihat hadir di Apartmen Indah, Damansara Damai, dipercayai bagi meneruskan siasatan pembunuhan Zayn Rayyan, 6.

Difahamkan, anggota terbabit termasuk daripada Bahagian Operasi Khas (D8), manakala Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kehadiran pasukan penyiasat untuk menyemak beberapa perkara.

Sebelum ini media melaporkan pembunuhan kanak-kanak itu perlu diperincikan bagi mengenal pasti pelaku dan motif pembunuhan, malah Razarudin turut dilapor berkata, siasatan kes itu sudah melebihi 90 peratus dari segi konvensional, saintifik dan forensik.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 January 2024 @ 12:56 PM