Rosli Ilham

Dungun: Pengunjung pantai Rantau Abang, dekat sini, gempar selepas menemui mayat yang sudah mereput tanpa kepala terdampar di tepi pantai, jam 5.15 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, mayat yang pakaiannya sudah koyak itu adalah lelaki namun identiti belum dikenal pasti.

"Mayat terbabit dipercayai dihanyutkan arus sebelum dipukul ombak naik ke daratan.

"Mangsa dipercayai sudah meninggal dunia lebih daripada satu atau dua minggu berdasarkan pada keadaannya yang reput dan setakat ini kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya.

Maizura berkata, mayat dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.

Mayat reput tanpa kepala yang ditemui terdampar di Pantai Rantau Abang dibawa anggota polis ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut. Foto Rosli Ilham
Mayat reput tanpa kepala yang ditemui terdampar di Pantai Rantau Abang dibawa anggota polis ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut. Foto Rosli Ilham

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 January 2024 @ 9:14 PM