SEORANG peniaga melihat keadaan laut bergelora ketika tinjauan musim tengkujuh di Pantai Irama, Bachok. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan sehingga Isnin, 25 Disember 2023. FOTO Bernama

Nor Fazlina Abdul Rahim

Kota Bharu: Hujan yang melanda Kelantan sejak awal pagi tadi menyaksikan Sungai Kelantan di Kuala Besar, di sini, melepasi paras bahaya dengan bacaan 2.62 meter.

Berdasarkan laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my/, Sungai Aring di Gua Musang pula melepasi tahap amaran dengan bacaan 70.07 m.

Manakala tiga lagi sungai melepasi tahap berjaga-jaga iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang (7.70m), Sungai Golok di Kuala Jambu (2.22m) dan Sungai Semerak di Pasir Puteh (2.03m).

Sementara itu, berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa banjir di Kelantan bertambah kepada 670 mangsa membabitkan 185 keluarga sehingga malam ini.

Kesemua mangsa berkenaan ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Periok dan SK Gual To'Deh.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Disember 2023 @ 9:36 PM