GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Oleh Zuhainy Zulkiffli


Georgetown: Polis mengesahkan pistol yang dipegang salah seorang suspek kejadian merusuh di Perumahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Sungai, Sungai Pinang di sini, semalam, adalah tiruan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V Saravanan berkata, siaatan mendapati seorang lelaki yang ditahan mengalami cedera di kepala dan berlumuran darah serta memegang pistol tiruan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960," kata menerusi kenyataan hari ini.

Semalam, Harian Metro melaporkan, seramai lima suspek warga tempatan berusia 24 hingga 34 tahun direman selama empat hari kerana disyaki terbabit dalam kejadian pada jam 2.30 pagi itu.

Saravanan berkata, siasatan awal mendapati punca pergaduhan disebabkan perselisihan faham antara kumpulan lelaki berkenaan.

Selain pistol tiruan, polis turut merampas sebilah senjata tajam yang dipercayai digunakan dalam pergaduhan terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Disember 2023 @ 5:37 PM