SUASANA mendung di Jambatan Sultan Yahya Petra yang merintangi Sungai Kelantan. FOTO arkib NSTP
SUASANA mendung di Jambatan Sultan Yahya Petra yang merintangi Sungai Kelantan. FOTO arkib NSTP
Nur Elysa Amirah Suhaimi


Putrajaya: Pemantauan secara keseluruhan akan terus dilaksanakan dalam mengawal pencemaran air sungai di seluruh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, pihaknya akan menumpukan usaha itu untuk menjamin kelestarian air di negara ini.

"Pemantauan air sungai dilakukan sepanjang tahun dan melihat kualiti serta punca pencemaran berdasarkan bacaan parameter.

"Terbitan laporan juga akan dibuat termasuk laporan tahunan yang boleh dirujuk secara umum.

"Program penguatkuasaan terhadap punca atau aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974," katanya ketika menghadiri Program Sesi Interaktif Ketua Pengarah Alam Sekitar Bersama Pempengaruh dan Pengamal Media di Hotel Zenith, di sini, hari ini.

Wan Abdul Latiff menegaskan bahawa JAS mempunyai rangkaian stesen pengawasan manual yang mengambil sampel sebanyak enam kali setahun untuk menganalisis dan menentukan status kualiti air sungai manakala.

Selain itu, JAS juga mempunyai 30 stesen automatik yang dipasang di hulu takat pengambilan air.

"Perbincangan untuk menambah stesen automatik sedang dijalankan bersama kerajaan negeri dan operator loji rawatan air.

"Hal ini sebagai persediaan untuk menghadapi pencemaran air di hulu takat pengambilan air supaya air yang kotor tidak disedut masuk yang akan menyebabkan gangguan loji rawatan air berkenaan.

"Setakat ini AS tiada perancangan untuk pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) namun, menggalakkan pihak berkuasa tempatan atau agensi lain yang terbabit dalam kawal selia air berbuat demikian di sungai terutama hulu takat pengambilan air," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 November 2023 @ 3:58 PM