PULUHAN gerai di Uptown Kota Damansara hangus dalam kebakaran kira-kira jam 8.30 malam, hari ini. FOTO Ihsan Pembaca
PULUHAN gerai di Uptown Kota Damansara hangus dalam kebakaran kira-kira jam 8.30 malam, hari ini. FOTO Ihsan Pembaca
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Petaling Jaya: Puluhan lot kedai di Uptown Kota Damansara, di sini musnah dalam kebakaran pada jam 8.30 malam ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.34 malam.

"Susulan itu, tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, Kota Anggerik, Damansara dan Petaling dikejarkan ke lokasi.

"Kerja-kerja pemadaman dilakukan sejurus tiba di lokasi dan api berjaya dikawal pada jam 9.06 malam," katanya.

Menurutnya, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan berhubung jumlah gerai yang terjejas akibat kebakaran berkenaan.

"Ketika kejadian berlaku, semua gerai berkenaan sedang beroperasi. Jumlah kerugian serta punca kebakaran kini dalam siasatan.

"Kejadian juga tidak membabitkan sebarang mangsa, proses 'overhaul' kini sedang dijalankan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 November 2023 @ 10:18 PM