MASJID Negara. FOTO Arkib NSTP.
MASJID Negara. FOTO Arkib NSTP.
BERNAMA

Putrajaya: Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) mengarahkan masjid utama di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) untuk membaca doa Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu bermula hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam kenyataan berkata, masjid terbabit ialah Masjid Negara di Kuala Lumpur, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini,

Turut diminta untuk melaksanakan perkara yang sama ialah masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

"Marilah bersama-sama kita terus bersatu hati berdoa agar Allah memberikan kesejahteraan dan keamanan buat rakyat Gaza di Palestin.

"Selain itu, kita terus menghulurkan bantuan dan sokongan dalam pelbagai platform menyatakan solidariti kepada rakyat Gaza, Palestin," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 November 2023 @ 2:27 PM