LIMA pemancing warga Indonesia yang hanyut 6 Oktober lalu dihantar pulang.
LIMA pemancing warga Indonesia yang hanyut 6 Oktober lalu dihantar pulang.
Togi Marzuki


Pontian: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menghantar pulang lima pemancing warga Indonesia yang hanyut di Tanjung Piai, 6 Oktober.

Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kesemua mereka hanyut selepas bot kayu dinaiki karam dipukul ombak besar di perairan Tanjung Balai, Karimun.

"Proses penyerahan berjalan lancar dan turut dihadiri Kepala Kantor SAR disaksikan wakil Konsulat Jenderal Republik Indonesia dan Bapak Jati Heri Winato di Johor Bahru," katanya.

Terdahulu, akhbar melaporkan lima pemancing berdepan detik cemas apabila bot kayu yang dinaiki karam dipukul ombak besar di perairan Tanjung Balai, Karimun Indonesia.

Bagaimanapun, semua mangsa diselamatkan kru kapal dagang Maritime Rescue Sub Center (MRSC).

Nurul Hizam berkata, mangsa diserahkan kepada pihak Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Republik Indonesia yang tiba di lokasi penyerahan menggunakan kapal KN SAR Purworejo 101.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Oktober 2023 @ 11:50 PM