Kempen ini dianjurkan sebagai tanda solidariti bersama Palestin serta mengangkat perjuangan dan nasib yang menimpa mereka. - FOTO Hot FM
Kempen ini dianjurkan sebagai tanda solidariti bersama Palestin serta mengangkat perjuangan dan nasib yang menimpa mereka. - FOTO Hot FM
Nur Amirah Abd Rani

BERSEMPENA minggu terakhir Bekpes Hot + Superfriends ke udara pada minggu ini, Hot FM menganjurkan Siaran Luar Bekpes Hot Extra Special: Solidariti Kepada Palestin. 

Siaran Luar Bekpes Hot ini dikendalikan penyampai Bekpes Hot sendiri iaitu KJ, Johan, Fara Fauzana dan AG, yang turut disertai oleh rakan Superfriends mereka, iaitu Datuk Rosyam Nor. 

Kempen ini dianjurkan sebagai tanda solidariti bersama Palestin serta mengangkat perjuangan dan nasib yang menimpa mereka. 

Istimewanya, kempen ini menampilkan kehadiran personaliti tempatan yang sinonim dengan misi kemanusian seperti Faizal Tahir dan The Helmis (Heliza Helmi dan Hazwani Helmi) yang turut berkongsi pengalaman mereka sebagai sukarelawan yang pernah berkhidmat di Syria dan Gaza Palestin. 

Pada kemuncak acara ini, kempen "Healing Palestine" turut dilancarkan bertujuan  mengumpul sumbangan dalam bentuk wang ringgit daripada rakyat Malaysia, dan akan disalurkan kepada rakyat Palestin. 

Siaran Luar ini turut dimeriahkan dengan persembahan hebat oleh Akim & The Majistret, Nabila Razali, Amir Jahari, Insomniacks dan Dalia Farhana.

Hot FM mengalu-alukan semua pendengar dan peminat untuk turut serta dalam memberikan sumbangan dengan menderma ke Tabung Kemanusiaan Palestine Media Prima di Bank Muamalat 1401 0008 8447 15 dengan meletakkan rujukan Hot FM dan hantar pesanan WhatsApp bukti sumbangan ke nombor Hot FM 017-3028 822.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Oktober 2023 @ 3:54 PM