EILEEN Mou dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh semalam atas dakwaan mencuri dua utas jam tangan mewah Rolex milik suaminya. FOTO L Manimaran
EILEEN Mou dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh semalam atas dakwaan mencuri dua utas jam tangan mewah Rolex milik suaminya. FOTO L Manimaran
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Kedua-dua jam tangan mewah jenis Rolex yang dimiliki seorang pegawai kanan polis dibeli menggunakan duit hadiah pemberian ibu dan mendiang bapanya.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan ke atas seorang pegawai kanan polis yang memiliki gaya hidup mewah dan mempunyai dua jam tangan Rolex.

"Hasil siasatan awal mengesahkan jam dibeli menggunakan wang hadiah daripada ibu dan mendiang bapanya yang juga ahli perniagaan berjaya.

"JIPS akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kelmarin, seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh, Perak atas dakwaan mencuri dua unit jam tangan mewah milik suaminya, dua tahun lalu.

Tertuduh, Mou Ei Leen@Eileen Mou, 41, dari Kuantan, Pahang membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.

Wanita yang kini dalam proses perceraian dengan suaminya yang juga pegawai polis dituduh mencuri seutas jam tangan Rolex Sky Dweller (Model 326135) bernombor siri 0890R359 serta seutas jam tangan Rolex GMT Master-II 9 (Model 116718 LN) bernombor siri A9R56702.

Tertuduh didakwa melakukannya di sebuah rumah di sini pada Januari tahun 2021.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Oktober 2023 @ 4:58 PM