McDonald’s Malaysia melancarkan program Bulan Komuniti untuk memberi keceriaan kepada 12,000 anak yatim dari 400 rumah kebajikan kanak-kanak di seluruh negara sepanjang bulan Oktober ini. - FOTO McDonald’s
McDonald’s Malaysia melancarkan program Bulan Komuniti untuk memberi keceriaan kepada 12,000 anak yatim dari 400 rumah kebajikan kanak-kanak di seluruh negara sepanjang bulan Oktober ini. - FOTO McDonald’s
Nurshafika Suhaimi

Kuala Lumpur : Sempena bulan komuniti tahun ini, McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia sekali lagi meneruskan komitmen kemasyarakatannya dengan meraikan hari jadi dan menceriakan anak-anak yatim di seluruh negara.

Pengarah Komunikasi Korporat McDonald's Malaysia, Shamsidar Yahya, berkata setiap tahun Program Komuniti McDonald's & RMHC' melaksanakan hampir 18,000 program kemasyarakatan melalui 355 restoran mereka di seluruh Malaysia.

"Kami menjalankan pelbagai program kemasyarakatan sejak 2017 sebagai usaha memberi impak positif kepada komuniti daripada pelbagai lapisan antaranya Sambutan Tahun Baru Cina, Sambutan Hari Guru dan Bulan Komuniti pada bulan Oktober setiap tahun yang dikhususkan untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik," katanya.  

Pada Majlis Perlancaran Bulan Komuniti baru-baru ini,seramai 40 kanak-kanak daripada Rumah Kanak-Kanak Trinity dan Rumah Hope diraikan dengan pelbagai aktiviti, permainan serta sambutan hari jadi yang bertempat di McDonald's Pandu Lalu Pantai Sentral Park Rabu lalu.

Image

ImageProgram Bulan Komuniti merupakan sebahagian daripada Program Komuniti McDonald's dan RMHC yang bertujuan untuk memberikan impak positif kepada komuniti setempat di sekitar lokasi operasi restoran-restoran McDonald's. - FOTO McDonald's

"Kami amat gembira melihat sambutan hari jadi ini mendapat respon yang sangat baik daripada pengurusan dan anak-anak rumah kebajikan sebelum ini.

Program Bulan Komuniti merupakan sebahagian daripada Program Komuniti McDonald's dan RMHC yang bertujuan untuk memberikan impak positif kepada komuniti setempat di sekitar lokasi operasi restoran-restoran McDonald's. - FOTO McDonald's

"Justeru, tahun ini kami membawa kelainan kepada Bulan Komuniti di mana kami menyambut hari jadi tidak hanya terhad di rumah-rumah kebajikan tetapi turut dilaksanakan di restoran McDonald's berhampiran," kata Shamsidar pada Majlis Pelancaran Program Bulan Komuniti McDonald's, Rabu lalu. 

Katanya, kegembiraan mereka menjadi motivasi kepada pihak McDonald's untuk terus melaksanakan dan meneruskan usaha ini sehingga ke hari ini. 

Dalam pada itu, RMHC turut menghulurkan sumbangan Pek Kembali Ke Sekolah. 

Turut hadir Fara Fauzana serta beberapa rakan artis dan pempengaruh media sosial bagi menyantuni anak-anak yatim.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Oktober 2023 @ 5:34 PM