Lawatan kakitangan McDonald’s ke rumah warga tua menceriakan penghuni ketika perayaan Tahun Baharu Cina. - FOTO McDonald’s Malaysia
Lawatan kakitangan McDonald’s ke rumah warga tua menceriakan penghuni ketika perayaan Tahun Baharu Cina. - FOTO McDonald’s Malaysia
Muhamad Shaifullah Tayep

SEBAGAI organisasi yang memiliki reputasi tinggi, McDonald's Malaysia komited membawa impak positif kepada masyarakat melalui aktiviti kemasyarakatan yang diadakan dua kali sebulan membabitkan 300 restoran di seluruh negara.

Sejak pertama kali dilancarkan pada tahun 2015, aktiviti kemasyarakatan berkenaan kini dijadikan budaya McDonald's Malaysia sekaligus mencatatkan lebih 35,000 aktiviti berjaya dilaksanakan setakat ini.

Pelbagai aktiviti diadakan dengan bantuan kru restoran seperti meluangkan masa bersama warga tua ketika perayaan Tahun Baharu Cina selama empat tahun berturut-turut yang menaikkan semangat dan memberikan keriangan serta kebahagiaan buat mereka.

Pada tahun 2018, McDonald's Malaysia dan Rumah Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) menganjurkan majlis berbuka puasa bersama rumah kanak-kanak dan anak yatim membabitkan lebih 500 penghuni dari 12 rumah kebajikan seluruh Selangor.

Majlis buka puasa diadakan di Masjid Kampung Raja Uda, Persiaran Raja Muda Musa di Klang, Selangor itu turut mendapat kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Setiap rumah kanak-kanak dan anak yatim menerima RM10,000 manakala setiap kanak-kanak menerima duit raya.

Kanak-kanak dan anak yatim seronok menerima duit raya ketika majlis buka puasa anjuran McDonald's. - FOTO McDonald's Malaysia

Pada tahun 2019 pula, McDonald's sekali lagi bekerjasama dengan rumah kebajikan terpilih, RMHC dan Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) bagi menganjurkan majlis buka puasa untuk 500 anak yatim daripada 10 rumah kebajikan.

Setiap rumah kebajikan menerima RM5,000 daripada RMHC.

Guru-guru terharu dedikasi mereka terhadap anak bangsa dihargai dengan penganjuran parti di restoran McDonald's Bandar Puteri Puchong. - FOTO McDonald's Malaysia

Bersempena Hari Guru di Malaysia, McDonald's Malaysia mengadakan parti di restoran McDonald's seluruh negara yang sarat dengan permainan, sesi bergambar dan hidangan menyelerakan bagi meraikan dedikasi guru dalam mendidik generasi masa depan.

Keriangan kanak-kanak jelas terpancar apabila mereka dapat meluangkan masa bersama dengan melawat taman rama-rama. - FOTO McDonald's Malaysia

Pada Hari Kanak-kanak di Malaysia pula, setiap tahun kru restoran McDonald's akan mendedikasikan sepanjang bulan Oktober untuk menganjurkan aktiviti bersama kanak-kanak seperti lawatan ke wad pediatrik untuk menceriakan pesakit, membawa mereka melawat zoo serta taman rama-rama, dan menyambut Hari Kanak-kanak di McDonald's.

Antara petugas barisan hadapan yang menerima sumbangan McDonald's atas jasa mereka ketika melawan pandemik Covid-19. - FOTO McDonald's Malaysia

Tidak ketinggalan, McDonald's Malaysia turut menaja makanan kepada lebih 50 hospital di seluruh negara pada jadual biasa ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membabitkan lebih 40,000 kakitangan kesihatan menerima manfaat berkenaan.

Secara keseluruhan, McDonald's Malaysia sudah membuat penghantaran makanan kepada kira-kira 200,000 petugas barisan hadapan termasuk polis dan anggota tentera di seluruh negara.

McDonald's Malaysia juga menyatukan rakyat Malaysia bersama ketika tempoh PKP dengan konsep #KitaBoleh di platform media sosial bagi menaikkan semangat juang untuk berdiri bersatu biarpun ketika situasi getir.

Sementara itu, McDonald's Malaysia diberi pebagai pengiktirafan atas usaha dan hasil daripada inisiatif masyarakat yang berterusan ini.

Untuk tahun ketiga berturut-turut, McDonald's Malaysia dianugerakan Sustainability & CSR Malaysia Award 2020 di bawah kategori F&B Quick Service Restaurant, baru- baru ini.

Awal tahun ini, syarikat itu juga diiktiraf sebagai penerima pingat gangsa A&M 2020 PR Awards bagi Penglibatan Sosial untuk Komuniti Bersasar dan juga Anugerah Kecemerlangan CSR Halal pada Persidangan Halal Sedunia tahun lalu.

CSR Malaysia juga memberi pengiktirafan kepada Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC) atas inisiatif-inisiatif amal yang dijalankan sepanjang tahun 2019.

RMHC adalah Persatuan Kebajikan pilihan McDonald's Malaysia yang sudah berusaha selama 30 tahun untuk mengubah nasib kanak-kanak kurang berkemampuan di Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 November 2020 @ 6:30 PM