EWON (tengah) ketika majlis pelancaran Modul Buku Kerja Bahasa Kadazandusun. FOTO ihsan YBR
EWON (tengah) ketika majlis pelancaran Modul Buku Kerja Bahasa Kadazandusun. FOTO ihsan YBR
Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Kadazandusun Language Foundation (KLF) mengadakan Karnival Bahasa Kadazandusun (BKD) bagi memartabatkan bahasa itu dalam kalangan generasi muda.

Program itu kesinambungan dalam menerbitkan Modul Buku Kerja Bahasa Kadazandusun yang terbaik khusus kepada pelajar Tahun 4, 5 dan 6 bagi membantu generasi muda untuk terus membudayakan bahasa ibunda.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), Datuk Ewon Benedick berkata, pihaknya teruja menyaksikan Modul Buku Kerja Bahasa Kadazandusun bagi Tahun 4, 5 dan 6 dihasilkan kurang enam bulan dengan pembabitan YBR melalui kerjasama KLF.

"Program ini amat dekat di hati saya dan bahasa Kadazandusun adalah perjuangan peribadi saya dalam memartabatkan pendidikan negara.

"Terima kasih YBR kerana menyokong inisiatif ini dan saya berharap YBR bersetuju untuk menganjurkan karnival bahasa Kadazandusun pada tahun hadapan," katanya dalam kenyataan.

Ewon berkata, beliau amat menyokong usaha memartabatkan bahasa ibunda dalam kalangan generasi muda yang semakin hari semakin moden dan menjadi ikutan masa kini.

"Penganjuran Bengkel Penulisan Modul Buku Kerja Bahasa Kadazandusun ini satu langkah proaktif dan selari degan inisiatif global untuk memelihara bahasa ibunda sempena Dekad Antarabangsa Bahasa Orang Asal di bawah Unesco," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 September 2023 @ 4:51 PM