Nur Faraain (tengah) diapit ayahnya, Md Md Said, 60, dan ibunya, Jamaliah ketika ditemui selepas upacara Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson. FOTO MOHD KHIDIR ZAKARIA
Nur Faraain (tengah) diapit ayahnya, Md Md Said, 60, dan ibunya, Jamaliah ketika ditemui selepas upacara Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson. FOTO MOHD KHIDIR ZAKARIA
Mohd Khidir Zakaria


Port Dickson: "Saya bangga semua empat anak saya bertugas sebagai anggota tentera mengikut jejak saya," kata Md Md Said, 60.

Dia ditemui pada upacara Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini, hari ini yang menyaksikan anak bongsunya, Nur Faraain, 21, dinobat sebagai Perajurit Muda (Wanita) Terbaik Keseluruhan.

Menurutnya, dia tidak menyangka Nur Faraain akan mengikut jejak dia dan abangnya untuk berkhidmat dalam Tentera Darat (TD).

"Lebih mengejutkan saya apabila dia terpilih menjadi Perajurit Muda Terbaik Wanita.

"Syukur.. walaupun saya hanya pencen setakat koperal sahaja, saya bangga semua anak menceburi ketenteraan," katanya yang hadir bersama isteri, Jamaliah Abdullah, 57.

Mengenai Nur Faraain, Md berkata, walau bertubuh kecil, anak perempuannya itu kuat semangat yang menyebabkan dia dan isteri memberi keizinan untuk Nur Faraain menyertai TD.

Pesannya supaya Nur Faraain berkhidmat dengan hingga ke akhirnya dengan penuh disiplin dan wibawa.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 September 2023 @ 3:05 PM