MOHD Shuhaily. FOTO Arkib NSTP.
MOHD Shuhaily. FOTO Arkib NSTP.
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Polis menyelamatkan seorang warga asing yang diculik sekumpulan individu selepas dipercayai tidak puas hati berhubung projek yang tidak berjaya diselesaikan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, warga asing terbabit diselamatkan pasukan Bukit Aman dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan IPK Pulau Pinang, minggu ini.

Beliau berkata, mangsa diculik dan dibawa ke Pulau Pinang sebelum berjaya diselamatkan polis.

"Polis menerima laporan berhubung kejadian culik ahli keluarga kepada seorang ahli perniagaan warga asing.

"Siasatan mendapati warga asing itu terbabit satu urusniaga namun ia terbengkalai di tengah jalan menyebabkan ahli keluarganya diculik," katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, maklumat lanjut berhubung kejadian itu akan diperincikan oleh Ketua Polis Pulau Pinang dalam satu sidang media, esok.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 September 2023 @ 6:14 PM